Sunday, December 27, 2009

Resepi : Botok-Botok

Ikan kembong sebelum jadi botok-botok. Gambar botok-botok takde sebab photographer mogok.

BOTOK-BOTOK

Sejenis makanan masyarakat Jawa. Makanan ini diperbuat daripada ikan bercampur rempah dan pelbagai jenis herba yang dikukus dalam daun pisang. Makanan ini sesuai dimakan dengan hidangan nasi putih yang baru dimasak kerana aroma hidangan ini penuh menyelerakan. Kalau tak percaya, cubalah. Boleh jimat sikit duit poket minggu ni. Jimat dan mudah.

Bahan-bahan:

Ikan Kembong (Dibuang tulang)
Rempah
Ketumbar
Cili kering
Kunyit
Jintan putih
Jintan manis
Lada putih
Serai
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih

Campurkan sedikit kelapa parut yang digoreng, santan, asam jawa, gula pasir dan belacan.

Herba
Daun kaduk
Daun kunyit
Cekur
Daun kesum
Selasih
Bebuas
Limau purut
Daun mengkudu
Daun ubi muda


Gaulkan semua bahan-bahan tadi. Kemudian bungkuskan ia dengan daun pisang. Kemudian kukus selama dua jam. Selain itu, botok-botok ini juga boleh direbus bersama santan tadi. Daun mengkudu dan pucuk ubi dijadikan alas rempah botok-botok.

Selamat mencuba...

3 comments:

  1. aku terase lapar bace resepi ko.
    bile nak masak untuk aku nih?

    ReplyDelete
  2. ermm...botok-botok !! enak dan harum.. memang kegemaran mama atiq...

    ReplyDelete
  3. mama atiq : Memang sedap. kegemaran kami semua. huhuhu. terima kasih sebab sudi melawat blog dan add kami. moga2 kita boleh bertukar2 resepi.

    ReplyDelete